Kenapa saya tak boleh beli Premium Beautiful
Assalamualaikum dan Salam Hormat kepada semua…
Untuk pengetahuan anda, sejak akhir-akhir ini saya cukup sering dihubungi oleh kawan-kawan yang telah lama menghilang. Pada mulanya saya berasa sungguh popular, maklumlah beberapa minggu yang lalu muka saya yang lebam ini telah muncul di surat khabar The Star sebesar 3.452 milimeter persegi. Saya ingatkan mereka nak kata saya jelita tapi rupa-rupanya mereka hanya ingin menjual korset kepada saya. Cis, sudah tertipu pulak saya. Bencikk…
Setelah saya mengamati timeline Facebook saya, dapat saya simpulkan bahawa corset Premium Beautiful adalah sungguh popular sekali. Saya tidak dapat menafikan bahawa mukjizat keberkesanannya cukup tinggi, seperti boleh menguruskan badan, menegakkan posture, mengurangkan nafsu serakah makan, mengetatkan apa-apa yang longgar malah yang penting sekali – ia membolehkan kaum wanita seperti kita feeling-feeling chantek.
Saya rasa, sesiapa yang kurang bersifat feeling-feeling begitu wajarlah membeli korset PB ini kerana keyakinan diri kadang-kala memang sukar dicari. Begitu juga dengan kaum isteri yang lakinya bermulut hanjeng suka mengeji isteri sendiri. Marilah kita bersama-sama mencantikkan body!!
Namun begitu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang cuba mempromosikan saya produk ini, kerana dalam jangka masa terdekat ini, rasanya saya tak kosser nak beli.
Ini adalah kerana Diyana Yang membeli korset adalah umpama mangsa kebuluran Somalia membeli produk kecantikan SKII – MEMBAZIR DUIT!!
Saya sebenarnya sedang berkira-kira nak telan Weight Gain dalam setin dua, apa kejadahnya saya nak beli PB pula? Untuk pengetahuan anda tahap kelangsingan saya adalah mencapai tahap kurus kering-kontang yang menyedihkan. Semua seluar jeans saya adalah bersaiz 24. Seluar kecik pun boleh dibeli di department kanak-kanak. Lemak tang manakah perlu saya kemekkan dalam korset ittew?
Lagipun saya takut kalau korset ini di pakai lama-lama, nanti pinggang jadi terlalu ramping pula. Usahkan nak bernafas dengan selesa, nak kentut pun macam tak boleh saja.

Dengan itu sudilah kiranya rakan dan taulan membuat sedikit kaji selidik sebelum menjual produk kepada potential customer. Kenalilah keperluan pelanggan anda sebelum menjual membuta-tuli.
Saya mengucapkan syabas dan selamat maju jaya kepada semua rakan-rakan millionaire wannabe. Sesungguhnya jikalau ada produk MLM yang boleh meng-KIMKARDASHIAN-kan saya seperti PB nescaya saya akan beli.
Share


















