Berbuka Puasa di Bukit Jalil Golf & Country Resort bersama CIK DIANA

Kelmarin saya telah mengular meluangkan sedikit masa untuk mengimbas kembali catatan-catatan lama saya di blog ini. Barulah saya sedar bahawa sungguh ramai orang suka membaca blog yang bertema carut-carutan. Ya memang saya akui dulu blog ini memang meriah uol dengan kegiatan maki-makian. Makin tinggi graf cercaan, tinggilah juga graf pengunjung.

Eii…tak baiknya korang para pembaca ni… Kenapa korang suka cerita-cerita keji je ni… Berdosa uols! (macam la yang menulis tu tak dosa kan?) muahahaa..

Saya perhatikan semakin saya “meningkat dewasa”, penulisan saya pun jadi makin berhemah. Tapi apabila makin berhemah entah mengapa semakin banyak cerita makan-makan pula. Saya sedikit buntu disini. Adakah semakin saya insaf saya semakin kuat makan? Atau adakah saya hanya bersopan semasa makan?  Semasa tak makan masih suka mencerca kah? Ohhh tidak…

Baru-baru ini, kami telah pergi berbuka puasa di Bukit Jalil Golf &Country Resort. Kami telah pergi berlima, saya, Azman, Miki dan dua orang Uncle kesayangan Miki iaitu Uncle Nize and Uncle Bauk.

Jikalau Miki dikenali sebagai pemakan sayur, Uncle Nize dikenali sebagai pemakan slow. Beliau mengambil masa kira-kira 2 kali ganda dari average masa makan manusia biasa. Itu baru mengunyah, belum telan lagi. Uncle Bauk pula? Seiring sejalan dengan namanya Bauk, haruslah beliau ialah pemakan Banyak.

 


Bauk and Nize control ensem

 

Bukit Jalil Golf & Country Resort

Harga Ramadhan Buffet di Kelab ini ialah RM48.oo bagi dewasa. Bagi budak kici-kici seperti Miki percuma sahaja. Pada hari tersebut sayalah yang telah menelefon untuk membuat pesanan. Saya berasa sungguh sentaps kerana yang menjawap panggilan adalah sejenis makhluk yang tak dapat dipastikan.  Saya rasa mungkin beliau bangsa Myanmar ataupun Tibet. Langsung saya tak paham apa yang dia kata. Entahla boleh jadi dia orang Kelantan juga. Sebab usahkan Tibet, slang Kelantan pun saya masih belum master.


Walaupun saya sungguh stress membuat tempahan meja dengan si Tibet itu, tapi saya tetap merasakan beliau adalah seorang genius. Ini adalah kerana, beliau cukup pandai menilai kemerduan suara saya, dan pandai sungguh beliau meneka dengan tepat bahawa usia saya adalah 19 tahun! Bijak! Bijak sekali… Dengan itu beliau telah menempah meja atas nama CIK DIANA.

CIK DIANA… CIK DIANA.. saya feeling-feeling sungguh muda sekali! awww

Mari kita layan gambar-gambar makanan yang kami wallop disana. Dibawah ialah makanan yang sungguh mengerikan bagi saya. Ini ialah lidah bakar. Walaupun ini lidah lembu kata mereka, sesungguhnya lidah bakteria pun saya tak lalu nak cuba. Boleh muntah darah saya dibuatnya! ewww

Lidah bakar

Gambar di atas pula seekor kambing yang telah dibakar secara tergolek. Bila difikir-fikirkan semula, sungguh kijam chef itu, mengapakah dibakar secara tergolek? Tak bolehkah bakar secara bersimpuh?

 

Walaupun kambeng tersebut dibakar secara tergolek dan terkangkang, ia tetap makanan kegemaran saya. Nyom nyom sungguh tinggi cita-rasa, tinggi juga tahap kolesterolnya!

Fried tempura

 

Orang ramai berebut-rebut mengambil makanan.. saya tak terkecuali, cuma saya tak boleh ambil lagi sebab meja dah penuh.. *pengsan*


Kerabu pucuk paku disini sangat sedap! Semua nasi dan lauk-pauk adalah sedap…

 


Pizza

 


Pisang goreng dan cucur udang

Rojak buah – makanan kegemaran suami saye

Tapai pulut – makanan kegemaran takde sape-sape, cuma sebab dia pelik so saya tangkap gambar

 

Boxing chicken. Saya tak tahu kenapa kepak ayam ni dinamakan boxing chicken. Mungkin beliau disembelih selepas cedera dalam perlawanan boxing.

Ini budak baik, Miki. Beliau suka membuang NO.2 semasa orang dewasa sedang berbuka. Ini memang boleh mendatangkan marah. Cuba bayangkan…

“Allahu akbar… Allahu akbar….” Mummy Daddy hulur tangan capai kurma, tiba-tiba…
“MUMMY DADDY… MIKI NAK BERAK!!!” setiap hari begini. Terbantut selera okkk…

Haishh selamat bersahur semua!

Author: Diyana

2 thoughts on “Berbuka Puasa di Bukit Jalil Golf & Country Resort bersama CIK DIANA

  1. Hahahahaha…comel la miki ni.. Xpela Cik Diana..u tunjuk tmpt mkn2 ni pun sgt best..at least bg org ideas nak makan kat mana. Blh dikirakan u dapat pahala jugala share knowledge dgn people..kawtim lepas u makian itu

Leave a Reply