susahnya jadi cikgu

aku tengah mengajar miki menulis. budak kecik ni egois taknak aku pegang tangan dia sambil menulis. pastu nak tulis alphabets yang dia suka je. contohnye E, A, I, T, F, O dan beberapa lagi. kalau aku pegang jugak tangan dia pastu tulis huruf yang aku nak ajar tu dia akan ngamuk. Miki dah pandai takmau Mummy pegang tangan.

Masalahnya Miki kan kecik lagi belum pandai semua lagi, biarlah Mummy ajar dulu… Tapi takkk… sungguh tak serious dalam pelajaran dan asyik nak buat lawak…

Bila dia tulis “O” dan “O”nya terbujur… dia kata dia sengaja lukis gambar cili… atau jagung..
Bila dia tulis “A” dan “A”nya tak bercantum di atas, dia kata dia tulis “H”..
Bila huruf “O”nya bercamtum-cantum macam awan larat, dia kata dia lukis gambar rambut Maggi dia…

*tepuk dahi*

Tapi Miki melukis agak pandai juga. Boleh lukis gamba orang siap kaki tangan dan sebagainya. Walaupun sangat ngeri gambar tersebut tapi Mummy bangga juga. Mewarna pun dan cekap, mewarna penuh tak keluar garisan. Namun sangat mengikut mood dan perasaan.

Tapi susah juga jadi ibu dan guru. Aku memang tak mahu kata ini Miki salah itu Miki salah, takut potong stim dan patahkan semangat. Pada masa yang sama nak patahkan kedegilan dan keegoan budak 2 tahun. Entahnya… mungkin ini sebab ramai yang hantar anak pergi taska…

Author: Diyana

8 thoughts on “susahnya jadi cikgu

  1. aku rasa hang kene repost balik posting ni beserta gambar. miki ni banyak auta. ari tu lukih gambo aku elok je siap rambut dan janggut dishading ok…bukan garis garis dan nasib baik dia lukis aku bukan versi gemok. kalau tak kompom makan pensel la si miki malam tu.

    nak kene puji, layan je ikut cara dia baru dia behave. mati la ooo ini mcm…

  2. tips2 nak ngajar anak

    1. pastikan anda tidak mempunyai high blood pressure
    2. sblm mula mengajar anak sila ingatkan anak supaya jgn lawan cakap ibu ..dosa nanti masuk neraka
    3. promise utk kasi upah cth bw makan kfc atau tgk wayang
    4. sila pastikan en husband dok kt sblh supaya dpt menahan tangan ibu drpd mencubit hatta menampar anak
    5. sekali lg pastikan en husband dok sebelah utk pastikan speaker kaum ibu terkawal supaya tidak menimbulkan syak wasangka jiran anda bhw anda sedang ngajar anak bukannye gado laki bini

    terimalah tips drpd akak sabau je laaaa hehehe

  3. kak zira, terima kasih atas tips dan nasihat.

    akan tetapi…. bagaimanakah jika:-
    1)mula-mula mmg saya tidak menghidapi penyakit darah tinggi namun setelah mula mengajar saya terus berdarah tinggi sehingga naik untut kaki saya?
    2)melawan cakap ibu itu adalah karma kerana dulu2 saya mmg suka melawan cakap ibu saya
    3)apabila saya naik angin dengan en husbang-en husband sekali saya libas…
    4) saya yakin mmg jiran tetangga saya menyangka saya ibu beranak 5 kerana keriuhan mulut saya memekik2 umpama tak padan dengan isi rumah seramai 3 orang saja..

    Oh Kak Sabau Je La… saya sungguh pasrah!!

  4. nasihat Akak Sabau Je La adalah kiranya adik diyana menerima qada dan qadar ini dgn hati yg terbuka. nasib kita serupa waaaa..terima la dgn rela dan redha..sob,sob,sob

  5. heheheh…i’m always in stress …but now im more cool-down..kena byk say ok.good.clever.awsome..&&& cooolll…hahahah now I AM General Manager…in da house…im always..GM…dulu kini and all the time…bukan stakat darah tinggi..tahap sakit jantung…kuikuikuikui…but now i just let my girl do what she want as long it safe.so i dont need to pekik2 n say NO,DON’T,NEVER!!! .im just like classic snow white…thats my girl adored..baru dengar cakap…kikikikiki TUKAR2 LA AS LONG ITS NOT LIKE “SHREK”…my daughter hate so much…hahhaahha…just pick the most he adore n like to do their own style.maybe it helps u a bit

Leave a Reply