Cheering for my husband’s football team


This entry is written in my native language, Malay. Translation will be available upon request. By Alicia Keys.

Semalam hari Ahad 22 April, saya telah mengikuti suami saya, Azman ke kampus Politeknik Shah Alam. Azman ke sana untuk menyertai pertandingan bola sepak ramah-tamah persahabatan antara pasukan Alumni Sekolah Menengah Sains Sultan Muhamad Jiwa (ASAK) dengan pasukan Cikgu-Cikgu Mana Tah.

Saye ke sana kerana sangatlah sangap duduk dirumah seorang diri lagipun saya ingin bertemu dengan kawan baik saya, Kak Iena yang pasti akan kesana menemani tunangnya Fadzly. Walaupun Fadzly tidak pernah belajar di Sekolah jiwa-jiwa Mohamad Jiwa, dia telah dijemput bermain bersama kerana perutnya kempis pasukan tersebut tidak cukup bilangan pemain.

Maka, saya dan Kak Iena pun duduklah di kerusi panjang sambil menonton pertandingan bola sepak yang amat menarik itu.

Gaya penjaga gol ASAK amat menarik hati kami, beliau telah mengayakan pelbagai skil menangkap bola yang hebat termasuk aksi somersault berpusing dan gelek gerudi. Atas kehandalan beliau itu, lima biji gol telah berjaya disumbatkan oleh pasukan lawan. Tahniah diucapkan!

Selain daripada saya dan Kak Iena, keluarga Encik Gambo dan Encik Tallang juga ada di kerusi panjang tersebut untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan ASAK. Anak-anak Encik Tallang yang masih kecil adalah amat comel sekali terutama anaknya yang paling bongsu dan manja. Si kecil itu amat gembira melihat abahnya kembali ke kerusi panjang setelah pancit selesai bermain di padang lalu berteriak “Yea!!! Abah kalah!”

Ingin saye tekankan di sini kepentingan memperjelaskan konsep ertikata kalah dan menang kepada anak-anak anda sebelum membawa mereka menonton mana-mana pertandingan yang anda sertai. Kerana kanak-kanak memang tidak pandai berbohong!

Sedang saya dan Kak Iena asyik mengumpat bergosip mengenai peserta-peserta Akademi Fantasia yang kelima eh! ke yang keenam ye? Seorang pemain pasukan ASAK yang sedang menunggu peluang bermain menegur kami.

“Korang berdua ni student Politeknik sini ke?”

Saya dan Kak Iena telah terkesima dengan penuh kesyahduan lalu tidak dapat menuturkan sebarang kata-kata! Lalu dia telah menyambung soalan nya…

“Politeknik ni ada course ijazah ke?”

Oleh kerana telah lama saya meninggalkan arena lakonan teater yang amat saya minati, saya telah pun menggunakan peluang ini untuk mempraktikkan skil lakonan pentas saya.

“Politeknik ini tak menyediakan program ijazah, Cuma ada program sijil saja”

kata saya dengan muka konfiden tahap Sanjaya Malakar.

“Bagaimana dengan diploma?bla bla bla bla……”

Mamat tersebut terus membebel, pasti lakonan saya telah berjaya mengconvincekan dirinya!

“Itu saye tak pasti lah, kalau betul nak tahu nanti saya akan pergi bertanya di Hal Ehwal Pelajar (HEP)”

dengan itu saya dan Kak Iena pun tertawa besar dan terpaksa membuat pengakuan terbuka bahawa kami bukan lah pelajar politeknik tetapi berada di situ untuk menyokong pasangan kami bermain bola.

Saya dan Kak Iena berasa amat gembira sekali kerana kami yang tua bangka ini disangka pelajar politeknik lepasan SPM yang pastinya dalam lingkungan usia 18-19 tahun dan muda remaja. Oh, tidak sia-sia saya menggunakan syampu kelemumur untuk mencuci muka!

Selepas Sindrom KembangHidung menjangkiti kami selama 15 saat, barulah kami tersedar bahawa mamat tersebut bukan saja memuji kami secara tidak langsung malahan mengeji kami secara konseptual juga.

Oh Tuhan! Adakah kami kelihatan seperti gadis-gadis remaja yang jelita gedik bersorak ria di tepi-tepi bendang padang menyokong pasukan-pasukan yang tidak dikenalinya? Oh tidak, seumur hidup saya, saya tidak pernah berpelakuan gedik seperti itu! Nampaknya saya harus berusaha agar kelihatan lebih seperti seorang wanita dewasa. Huhuhuhu!

Email This Post Email This Post

AddThis Social Bookmark Button

Similar Posts

19 Comments »

19 Responses to “Cheering for my husband’s football team”

  1. farah kawaii comel your flag on 25 Apr 2007 at 2:36 pm #

    betoi ka 15 saat je?
    perasan betoi huhuh

  2. yuzmin your flag on 25 Apr 2007 at 3:25 pm #

    oleh kerana encik azman yang baik hati mintak saya comment, saya pun comment lah. comment saya: memang diyana ngan kak iena chumel-chumel belaka! keke =p

  3. yuzmin your flag on 25 Apr 2007 at 3:28 pm #

    oh yes.. i would like to request an english transalation please. kuikuikui

  4. farah kawaii comel your flag on 25 Apr 2007 at 5:30 pm #

    lagila perasan org tu nanti hhuhu

  5. Nize your flag on 25 Apr 2007 at 6:02 pm #

    emmm..perasan tu adalah “perasaan” cik farah.. ;-P

  6. Diyana your flag on 25 Apr 2007 at 11:29 pm #

    Farah…
    Aku perasan sat saja…15 saat saja..itu pun hang nak berkira ka? chet!
    .
    .
    .
    Yuzmin…
    Thanks for your comment, buat susah2 saja….i am cute but are you Alicia Keys?
    .
    .
    .
    Nize…
    Thanks for your irrelevent comment… :p karaoke jom?

  7. Nize your flag on 26 Apr 2007 at 9:49 am #

    Diyana,
    comment tak semestinye relevent, kite belajar dari komentator terkenal Hasbullah Awang..hah dia tu main gorenG jek!!.. ;-P
    lebih senanG comment yg x relevent lah..nampak tak sekima sangat..!! keh keh keh 3x
    jgn marah diyana..nanti cepat tua he he..

  8. Dade Ghost your flag on 26 Apr 2007 at 11:22 am #

    Di(& Azman) where is ASAK? I mean I was from SMSS, which is Sekolah Menengah Sains Selangor, which happens to be in KL.

    It has been years that I have been trying to combine all the SMS in Malaysia into one huge Alumni! Ermm still in angan2 mode…..

  9. azman your flag on 26 Apr 2007 at 11:35 am #

    ASAK is actually Alumni Sains Kedah. my school, Sekolah Sultan Mohamad Jiwa (SSMJ) situated in Sg Petani, Kedah. before that, the school name was different..Sek Men Sains Kedah (SMSK). however, currently its known as Sek Men Sains Sultan Mohd Jiwa (SMSSMJ).

    you’ve a really good idea!!…but i believe its almost impossible..hehehehe..

    however… i support ur idea!yeah

  10. kak lady your flag on 27 Apr 2007 at 10:34 am #

    Hahaha…diyana …first time baca en3 diyana dalam bahasa Ibunda…wah!! terkesima kak lady membacanya…segala susunan ayat dan nahu begitu indah tersusun…hahahah…kak lady baca menggunakan bahasan baku tau….

    Beruntung azman ade isteri yang ala-ala cheerleader gitewwww…

  11. repulsivelyrina your flag on 27 Apr 2007 at 11:35 am #

    Saudari Diyana,

    Saya sangat teruja apabila membaca catatan blog saudari yang sungguh menghiburkan, sehingga saya hampir hampir terjatuh dari kerusi di pejabat akibat ketawa terbahak bahak yang amat sangat. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudari, di atas keupayaan saudari menceriakan hidup saya di pagi yang indah nan berseri ini, meskipun saya sedang bergelumang dengan timbunan kerja yang telah diberikan oleh majikan saya. Saya berharap anda akan terus berjaya membuat catatan catatan yang lebih bernas serta mampu menjana pemikiran kreatif dan innovatif di kalangan masyarakat kita. Sekian, terima kasih!

  12. intan your flag on 27 Apr 2007 at 11:38 am #

    diyana, you can certainly pass as a highschool student! dah jenguk ur gallery. janganlah nak cepat beraksi seperti wanita dewasa, nanti menyesal tau ;)

  13. Nano your flag on 27 Apr 2007 at 4:57 pm #

    hahahahahahaha lawak lah!!!

  14. eza your flag on 28 Apr 2007 at 10:16 pm #

    teringat sekolah mat jiwa yg kena cross country every friday…penat..penat…kena lalu kat tmn ria…

  15. booGie your flag on 01 May 2007 at 2:09 pm #

    Orang kata nak nampak tak muda kunyah sirih.

    Selamat mencuba!

  16. Diyana your flag on 03 May 2007 at 6:13 pm #

    Kak Lady,
    hehehe..tu akak lum tengok saye cakap arab lagi…pergh lagi berlagu akak baca entry saya siap dgn tajwid2 lagi..ehehe
    .
    .
    .

    Kehadapan Hazrina diingati,
    Sesungguhnya hatiku terus berbunga-bunga sepanjang hari..mengenangkan kepetahan mu memanggil diriku “saudari”..
    kerana status hidupku yang lapuk ini…hanya layak dipanggil Puan Sri…

    .
    .
    .
    Intan,
    Thanks for visiting my blog! agak melampau pujian u tu…hehehe.. senang2 pujilah lagi…ekekeke
    .
    .
    .
    Eza,
    Thanks for visiting! Sila datang lagi to read more about ur alma matter…

  17. Diyana your flag on 03 May 2007 at 6:17 pm #

    Nano,
    Thanks babe! Come again….
    .
    .
    .
    Boogie,
    Selain dari nampak muda, saya juga sering dikatakan mirip kepada Mak Enon dari segi pembebelan dan pemerepekan. Saya khuatir jikalau mengikut nasihat Encik Boogie, saya akan memperkukuhkan lagi tohmahan ke atas saya yg kedua itu.. huhu

  18. ahni your flag on 05 May 2007 at 9:10 pm #

    Nampak muda tu baguih… boleh jadi macam alias

  19. diyanazman.com » MX3 2007 your flag on 03 Dec 2007 at 9:20 am #

    [...] you. Before I turned preggie, we have spent much of our free time with activities that range from playing sports to jungle tracking and from mountain hiking to tree climbing. Now we just can’t wait for the baby [...]

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply